Ahad, 18 Disember 2011

GELOMBANG KE DUA PENEROKAAN RIMBA PIATU


Gelombang ke2, Penerokaan tanah wakaf perkuburan tempat bersemadinya Kiyai Haji Mustafa telah selamat berlangsung pada 18 Disember 2011. Kehadiran yang memberangsangkan dari keluarga kiyai memberi harapan baru kepada penerokaan rimba piatu ini. Seramai 20 orang telah bersama-sama menjayakan program ini dan sebahagian dari tanah wakaf tersebut telah berjaya di tebas. 
Sedikit kesukaran kerana terdapat batang-batang kayu yang ditebang terdahulu masih belum reput sepenuhnya dan petugas terpaksa memotong dan menghimpunkannya bagi memudahkan pemotong rumput melaksanakan tugas. Apapun syabas diucapkan kepada Sdr Shahril Ahmad Jalaluddin, diatas usaha beliau dan keizinan dari Allah dapat kita bersama-sama menjayakan program gotong royong ini dan InsyaAllah Gelombang ke3 dan seterusnya akan menyusul.

 Berehat melepaskan lelah sambil merancang gerakkerja selepas ini

 Pandangan dari atas batu perenggan, menunjukkan sebahagian tanah wakaf tersebut sudah selesai ditebas


 Pokok kayu yang ditebang, dilonggokan setempat dipenjuru tanah wakaf tersebut 


 antara petugas yang paling rajin sedang memotong batang kayu yang tertimbus dengan rumput menjalar
Sebahagian yang hadir bergambar kenangan sebelum ke Gerai Kari Sembilang di Simpang. 

 Terima Kasih kepada Abg Zai sekeluarga kerana menghidangkan juadah makan tengahari kepada kami
Kari Sembilang yang dihidangkan amat membuka selera semua peserta yang keletihan

1 ulasan:

  1. Amboih. Terasa nikmat menyedut kepala sembilang.

    BalasPadam