Khamis, 10 November 2011

KORBAN PERDANA KIYAI HAJI MUSTAFA 2011


Korban  Perdana Keluarga Kiyai Haji Mustafa yang berlangsung pada hari raya kedua di rumah Allahyarhamah  Tok Kiah (NRP 35) berlangsung dengan meriah, walaupun dalam suasana hujan dan tanah yang becak namun semangat ahli keluarga dan sahabat handai menjayakan majlis ini cukup tinggi.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini terutamanya saudara Zulkifli Hj Samson yang menjadi tukang sembelih pada hari itu, kawan-kawan sekampung yang membantu  dan sanak saudara yang hadir serta turut bergelumang dengan selut. Lima ekor lembu yang dikorbankan pada kali ini.



HARI PERTAMA
 Lembu sampai ke lokasi pada jam 2.30 pagi

 Lembu pertama di sembelih pada hari raya pertama

 Proses melapah dilakukan oleh sahabat-sahabat sekampung

 sebahagian dari lembu pertama diproses untuk hidangan dihari kedua

HARI KEDUA
 Lembu kedua yang disembelih oleh Sdr Zulkifli Samson

 Lembu ketiga disembelih di dalam keadaan lecah dan berselut

 Pak Njang Budin melihat suasana dari jauh

 Sebahagian ahli keluarga Tok Simin/Tok Kiah membantu melapah lembu

 Hj. Johari sedang memotong daging 

 Proses pengagihan daging korban diketuai oleh Sdr Fadhali Husin,
daging ditimbang dan dibungkus untuk diagihkan kepada penduduk setempat

 kerja-kerja akhir dilakukan Lan memotong tulang

 selesai majlis korban, majlis tahlil pula menyusul

 antara kaum ibu yang hadir

Jamuan makan tengahari di khemah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan