Ahad, 12 Disember 2010

5 Petua Untuk Dapatkan Anak Soleh

5 Petua Lahir Anak Soleh

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.

Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. -feryco


Isnin, 6 Disember 2010

MUHARRAM 1432H

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1432H KEPADA SEMUA KELUARGA HAJI SIMIN DAN HAJJAH ROKIAH


Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja.

Ahad, 24 Oktober 2010

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN MOHD RASHDAN MOHD POSDZI

23 Oktober 2010: Majlis perkahwinan cicit tok simin, Mohd Rashdan Bin Mohd Posdzi Bin Ahmad+Salmah binti Hj Simin+Hjh Rokiah Binti Melan telah selamat berlangsung. majlis diadakan di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh




Keluarga dari kampung berkumpul disini


dari kiri Fauziah(chu Pah) Rokiah (mak Tam) Salmah (mak ngah) Che Jam (mak Ndak) Lijah (mak Njang)





Jumaat, 13 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada seluruh keluarga

Sabtu, 12 Jun 2010

TAKZIAH KEPADA MAK NGAH

Pak Ngah Ahmad (Lenggong) telah kembali menemui pencipta segala makhluk pada jam 9.00 pagi Sabtu; 12.06.2010 kerana penyakit tua. Menurut Mak Ngah Mah, pak Ngah sudah 3 hari tidak makan dan minum. Petang itu juga selepas solat asar Jenazah Pak Ngah telah selamat disembahyangkan dan disemadikan di tanah perkuburan islam Masjid Jame' Lenggong. Kepada seluruh keluarga Pak Ngah, terutama Abg Posdzi diucapkan takziah dan kepada seluruh ahli keluarga tok simin&Tok Kiah sama-sama lah kita berdoa agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang mukmin. dan marilah kita sama-sama sedekahkan fatehah kepada roh beliau. AL-Fatehah.......

Isnin, 7 Jun 2010

MAJLIS PERKAHWINAN SURIAWATI ABU HASAN

Selamat pengantin baru di ucapkan kepada Suriawati Abu Hasan dan pasangannya Razali Hj Osman yang telah selamat diijabkabulkan pada hari jumaat 4.6.2010, majlis pernikahan yang diadakan pada petang tersebut dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak, dan majlis sambutan perkahwinan ini telah berlangsung pada 5.6.2010. ramai ahli keluarga yang hadir dan ramai juga yang tidak hadir, walaubagaimanapun majlis tetap berlangsung meriah. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pak Njang Budin, Pak Teh Don ( Jefri Saad), Abg Zul, Chu Adik dan ramai lagi.

sebahagian keluarga yang menunggu kedatangan pengantin

bentara sedang tekun menyediakan jamuan untuk hadirin

bentara dari kalangan Muslimat PAS cawangan kampung Tua sedia melayan tetamu yang hadir

kehadiran pengantin lelaki disambut oleh pengantin perempuan



pasukan kompang yang mengiringi pengantin mempersembahkan pelbagai lagu yang menarik


keluarga Abu Hasan bersama pengantin


Mohd Rokani pun sempat posing atas pelamin



antara tetamu yang hadir, Pak cik Bakar, Cikgu Maksom, dan Pak Teh Don

siti hajar dan keluarga

Sufiah dan Zuraihan

Chu Adik di temani kak ala dan kak ajan sebelum berangkat pulang


YB Haji Ramli dan adik beliau Pak Su Pian menikmati cendol yang disediakan

Sabtu, 29 Mei 2010

KENDURI DI RUMAH CIKGU SAN / KAK ELAH

Kenduri di rumah Rohelah Masri dan San Mohd Drais berlangsung meriah hari ini. Majlis yang berlangsung di kediaman beliau di Kampung Jelapang Simpang dihadiri lebih 1500 orang jemputan yang terdiri dari adik beradik dari kedua-dua belah pihak dan rakan taulan. Majlis perkahwinan anak perempuan sulung pasangan ini Siti Norhamimie dan pasangannya Johari yang selamat diijab kabulkan pada petang jumaat. Kemeriahan ditambah dengan kehadiran seorang yang istimewa yang berbaju merah dan membahagi-bahagikan ais krim secara percuma kepada tetamu yang hadir. Kepada semua tetamu yang hadir diucapkan terima kasih dan kepada yang tidak hadir, minggu depan di rumah pak tan abu hasan pulak, jangan tak mari.

Proses mencuci ayam pada petang jumaat, kerja-kerja lain dimonopoli oleh orang tempatan


proses membuat rendang tok sedang bermula, jam 8 malam

kalau pasal kacau rendang tok panggil depa ni, antara pakar dalam mengacau rendang tok



asyiknya anak menakan mengacau rendang tok hinggakan pak-pak menakan turut diselubungi asap


tauke rendang tok menambah kerisik pada rendang tok, sampai 3 kawah sekali rendang tok depa masak. jam 10.30 malam

keraj-kerja pemasangan tanda arah ke rumah pengantin pada tengah malam

Orang yang paling popular pada hari ini, sedang buat demontrasi macam mana nak makan ais krim

dengan skill yang ada, beliau mengajarkan kepada anak buah bagaimana meletakkan ais krim pada kon


Kanak-kanak gembira menikmati ais krim yang diberi percuma

tetamu berbaris panjang untuk mendapatkan makanan

bakal pengantin pun sempat posing jugak, tunggu la minggu depan, hari kau pulak

Keluarga Tok Ponet yang hadir memeriahkan majlis

Tuan rumah menyambut kehadiran pak ngah awang (Salihin Jusoh)

Kak Elah sibuk melayan tetamu yang hadir

Pengantin perempuan sedang menanti kedatangan pengantin lelaki

pengantin lelaki melangkah maju menuju ke rumah pengantin perempuan

mak sedara pengantin yang paling sibuk pada hari ini,



tadi sibuk melayan orang makan, sekarang giliran aku pulak makan

wajah keletihan terbayang pada semua, jam dah pukul lima ni, orang dok mai lagi

kerja-kerja akhir, basuh semua kelengkapan sebelum disimpan

dah selesai kenduri, macam biasa la kena basuh periuk pulak