Selasa, 7 Jun 2011

GAMBAR SEKITAR MAJLIS GOTONG ROYONG MAKAM KIYAI HAJI MUSTAFA

GAMBAR SEKITAR MAJLIS GOTONG ROYONG MAKAM KIYAI HAJI MUSTAFA(dari lensa group 35)

Kampung Hujung Matang; 05.06.2011, Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Kiyai Haji Mustafa yang telah bertungkus-lumus mencari tempat persemadian Kiyai Haji Mustafa dan moyang Khadijah. Penghargaan juga kepada Abang Shahril (NRP 6113) kerana telah berusaha bersungguh-sungguh hingga terjumpanya tempat persemadian tersebut. Terima Kasih juga kepada Pak Long Jaafar(NRP141s) dan Pak Ngah Osman(NRP442) kerana banyak membantu dalam misi ini. Alhamdulillah setelah meredah belukar, kumpulan pencari menjumpai sepasang batu nisan yang tidak bernama, dan seketul batu nisan yang juga tidak bernama yang telah tumbang, setelah dianalisa oleh Pak Don, nyata batu tersebut telah berpuluh tahun berada di situ, ini menguatkan lagi azam dan semangat kumpulan pencari untuk terus meneroka tanah wakaf tersebut bagi mencari lokasi sebenar makam Kiyai. Setelah seluruh kawasan tanah wakaf tersebut diselidiki namun batu nesan lain tidak dijumpai maka kumpulan pencari mengambil keputusan untuk menandakan kawasan tanah wakaf itu. Dengan bantuan Mohd Fadhil Simali (NRP35312) yang bekerja di Pejabat Tanah Taiping, Rosnan Masri (NRP3537) juruukur tanah, Roslan Abd Rahman (NRP3552) dan Saiful Arman(NRP3562) sebagai tukang tebas, keseluruhan lot tanah wakaf tersebut telah dipancang dengan kayu dan sebahagian batu perenggan dapat dijumpai. Turut serta dalam operasi mencari Rohisham Masri (NRP3539), Muhammad Amin (35321), Zainol Azizi(35126), ZainalAtan(3547s), Abral Mohamad Nor(3329), Lokman Solehuddin(61132).Setelah selesai maka kumpulan pencari keluar dari belukar tersebut dan terus ke rumah Pak Ngah Osman untuk menikmati jamuan tengah hari.


Kehadiran kami disambut dengan kain rentang ini

Pak Sulaiman bergambar kenangan bersama kain rentang menyambut kedatangan kami semua

Bermesra dengan keluarga Pak Ngan Osman sebaik tiba di rumah beliau

Pak Don sedang memberikan taklimat aturcara majlis pada hari itu

Petugas di meja pendaftaran

Pak Sulaiman menerangkan sesuatu tentang perjalanan beliau mencari keluarga yang berada di Malaysia

Pak Long Jaafar menceritakan serba sedikit sejarah makam Kiyai Hj Mustafa

Doa Selamat dibacakan oleh Lokman Solehuddin Shahrir

Bergambar kenangan sebelum ke tapak pencarian makam Kiyai



Wakil dari 6 keturunan bergambar kenangan

batu nesan yang dipercayai berusia lebih 100 tahun yang dijumpai oleh kumpulan pencari

Rosnan dan Mohd Fadhil menggunakan alat GPS untuk mencari kedudukan batu perenggan lot tanah wakaf tersebut

Kumpulan pencari menjumpai batu perenggan dan menandakannya

Pak Don menyatakan sesuatu kepada kumpulan pencari, kelihatan pokok puding yang sinonim dengan tanah perkuburan yang ditanam berpasang-pasangan menunjukan bahawa sah lah kawasan tersebut adalah tanah perkuburan

Saiful Arman memang teror dalam kerja-kerja menebas

pokok pudin yang ditanam berpasang-pasangan di celah-celah belukar rimba piatu


Hidangan pada sebelah malam setelah penat meredah belukar rimba piatu

Masing-masing tidak sabar untuk menikmati hidangan yang telah berada di depan mata

Ahad, 12 Disember 2010

5 Petua Untuk Dapatkan Anak Soleh

5 Petua Lahir Anak Soleh

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.

Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. -feryco


Isnin, 6 Disember 2010

MUHARRAM 1432H

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1432H KEPADA SEMUA KELUARGA HAJI SIMIN DAN HAJJAH ROKIAH


Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja.

Ahad, 24 Oktober 2010

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN MOHD RASHDAN MOHD POSDZI

23 Oktober 2010: Majlis perkahwinan cicit tok simin, Mohd Rashdan Bin Mohd Posdzi Bin Ahmad+Salmah binti Hj Simin+Hjh Rokiah Binti Melan telah selamat berlangsung. majlis diadakan di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh




Keluarga dari kampung berkumpul disini


dari kiri Fauziah(chu Pah) Rokiah (mak Tam) Salmah (mak ngah) Che Jam (mak Ndak) Lijah (mak Njang)





Jumaat, 13 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada seluruh keluarga

Sabtu, 12 Jun 2010

TAKZIAH KEPADA MAK NGAH

Pak Ngah Ahmad (Lenggong) telah kembali menemui pencipta segala makhluk pada jam 9.00 pagi Sabtu; 12.06.2010 kerana penyakit tua. Menurut Mak Ngah Mah, pak Ngah sudah 3 hari tidak makan dan minum. Petang itu juga selepas solat asar Jenazah Pak Ngah telah selamat disembahyangkan dan disemadikan di tanah perkuburan islam Masjid Jame' Lenggong. Kepada seluruh keluarga Pak Ngah, terutama Abg Posdzi diucapkan takziah dan kepada seluruh ahli keluarga tok simin&Tok Kiah sama-sama lah kita berdoa agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang mukmin. dan marilah kita sama-sama sedekahkan fatehah kepada roh beliau. AL-Fatehah.......

Isnin, 7 Jun 2010

MAJLIS PERKAHWINAN SURIAWATI ABU HASAN

Selamat pengantin baru di ucapkan kepada Suriawati Abu Hasan dan pasangannya Razali Hj Osman yang telah selamat diijabkabulkan pada hari jumaat 4.6.2010, majlis pernikahan yang diadakan pada petang tersebut dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak, dan majlis sambutan perkahwinan ini telah berlangsung pada 5.6.2010. ramai ahli keluarga yang hadir dan ramai juga yang tidak hadir, walaubagaimanapun majlis tetap berlangsung meriah. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pak Njang Budin, Pak Teh Don ( Jefri Saad), Abg Zul, Chu Adik dan ramai lagi.

sebahagian keluarga yang menunggu kedatangan pengantin

bentara sedang tekun menyediakan jamuan untuk hadirin

bentara dari kalangan Muslimat PAS cawangan kampung Tua sedia melayan tetamu yang hadir

kehadiran pengantin lelaki disambut oleh pengantin perempuan



pasukan kompang yang mengiringi pengantin mempersembahkan pelbagai lagu yang menarik


keluarga Abu Hasan bersama pengantin


Mohd Rokani pun sempat posing atas pelamin



antara tetamu yang hadir, Pak cik Bakar, Cikgu Maksom, dan Pak Teh Don

siti hajar dan keluarga

Sufiah dan Zuraihan

Chu Adik di temani kak ala dan kak ajan sebelum berangkat pulang


YB Haji Ramli dan adik beliau Pak Su Pian menikmati cendol yang disediakan