Ahad, 29 November 2009

EIDUL ADHA (1)

Salam Eidul Adha kepada semua keluarga tok Simin Dan Nek Rokiah. Kepada yang tak sempat meraikan bersama keluarga dikampung, cukuplah sekadar berkongsi gambar dengan kami. Malam sabtu kami barbeque di rumah tok tam, ada la lebihkurang 30 orang yang hadir dari keluarga tok simin dan tok din(ayah tok tam kiah). Daging Korban yang diterima siang tu habis dikorbankan oleh kami, tidak kurang 5 kilo yang habis malam tu campur ayam lagi, sosej, ubi keledek dan jagung semuanya habis licin.

Ijai sedang membakar daging untuk santapan tetamu


daging ayam yang sedang ditunggu untuk dihabiskan


Mak Odi tidak sabar nak makan ayam panggang

Anak Roslan sedang mengalihkan ayam

yang ini round ke5 dibakar, tak sempat nak tengok yang lain dah habis dimakan

Rabu, 25 November 2009

SALAM EID UL ADHA



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA 1430H

Khamis, 19 November 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATULURUS


Pak Cik Bakar (Hj. Abdul Aziz bin Hj Simin) dan Puan Hajjah Zakiah binti Talib
Dengan keredhaan Allah SWT menjemput semua ahli keluarga ke Majlis Perkahwinan puteri kedua beliau

NORDALILAH BT ABD AZIZ

dengan pasangannya

MOHAMAD HAIDAR BIN NURUDDIN

Pada

Sabtu, 19 Disember 2009 Bersamaan 2 Muharram 1431H

dikediaman beliau di

N0. 24, Laluan BG Perdana 3, Taman Batu Gajah Perdana, 31550 Pusing, Perak.

Semoga dengan khadiran tuan,puan sekeluarga akan menyerikan lagi majlis tesebut.

Aturcara Majlis
12.00 tghari hingga 3.00ptg - Jamuan

Turut mengundang:
Seisi keluarga

Khamis, 12 November 2009

TETAMU ALLAH

Cucu Tok Simin, Zulhazmi Abu Hassan dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada 20 November 2009 jam 07.30 am di KLIA dan dijangka pulang pada 21 Disember 2009, sehubungan itu satu majlis bacaan yassin akan diadakan dikediaman beliau di N0.23 Jalan PP 7/10 Taman Putra Perdana 47100 Puchong Selangor pada 14 November 2009 bermula jam 11 am. Beliau menjemput semua ahli keluarga hadir ke majlis bacaan yassin tersebut. Kepada semua keluarga diminta mendoakan agar Allah memberi perlindungan dan keselamatan kepada beliau serta isteri dan di anugerahkan Allah dengan haji yang mabrur

Ahad, 1 November 2009

DEROYAN UDAH LUROH

Musim durian dah bermula cuma kali ni buahnya tak lebat. Pokok Tok Nek Kiah cuma sepokok je yang berbuah, Pokok Tok Cik Pah ada 6 pokok yang berbuah. Pokok Tok Salmi ada 3 pokok, tapi apapun kira tak habis makan la kalau korang tak balik.


Ini Deroyan



ini isi deroyan


yang ni pun isi deroyan gak


Yang ni kulit deroyan. Isi dia mana?
Dah habis kena makan